Penginapan : Riverview Hotel
Tempat : University Of Culture Centre Singapore
Tarikh : 17 Julai 2012 - 20 Julai 2012
Tarikh : 17 Julai 2012 - 20 Julai 2012
Persembahan di Singapura merupakan pengalaman pertama aku yang terbesar mewakili Universiti Malaya sekaligus mewakili Malaysia di Festival Remaja Singapura 2012 (Singapore Youth Festival 2012). Pengalaman yang sangat menarik. Walaupun terpaksa berdikit-dikit terutamanya dari segi kewangan disebabkan mata wangnya yang besar tetapi setiap saat dan setiap detik kami gunakannya dengan penuh bermakna. tidak ada setiap saat dan setiap detik sepanjang kami di sana kami sia-siakan. Semuanya manis-manis belaka. Setiap langkah diatur agar tidak tersungkur. Setiap bicara berlapik agar tidak berkecil hati. Andai tidak berpuas hati segera menyusun kata menyusun jari agar tidak meracun diri sendiri. Begitulah sedikit sebanyak ceritera sepanjang kami terutamanya diriku ini sepanjang menjadi sebahagian kecil daripada keluarga festival tersebut. Semoga berjumpa lagi kelak!!!