Powered By Blogger

Pages



Tuesday, March 19, 2013

~SEJARAH TERUKIR~

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

Pertandingan demi pertandingan telah kami lalui. Banyak kenangan pahit dan manis; suka duka kami harungi bersama. Tahun 2013 mencatat sejarah dalam kenangan TARI 9 kerana buat kali ketiga kami menjuari FESENI UM 2013 bagi Kategori Tarian Melayu Asli dan juga Tarian Kreatif. Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana rezeki berpihak pada kami lagi. Syukur tak terhingga. Tak terungkap betapa bersyukurnya kami kerana kami dapat mengekalkan kejuaraan selama 3 tahun berturut-turut bagi kedua-dua kategori.. Kemenangan ini baik untuk kami sekaligus menyumbang kepada pihak kolej yang mendapat nama baik. Kami sebagai pelajar hanya menjalankan tanggungjawab yang diberi dan kami sentiasa cuba melaksanakannya dengan baik. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Maaf gambar-gambar kenangan dan video masih lagi dalam pengumpulan. 

Monday, December 31, 2012

::kenangan sepanjang di MAKUM 2012 ~Hari Kedua Pertandingan~ ::

Tempat : UNIMAP Perlis

Foto-foto kenangan sepanjang menunggu raptai pentas sambil melakukan pemanasan badan.

Hari Kedua Pertandingan Tarian Melayu Asli :-

















Foto kenangan selepas pertandingan berlangsung pada hari kedua :-
Nama Tarian : Zapin Pulau & Inang Cina
Nama Kumpulan : Tari 9

Bergambar kenangan selepas pertandingan sekaligus kenangan sebagai Naib Johan Keseluruhan MAKUM 2012 dan Kumpulan Kreatif Terbaik MAKUM 2012.



:: kenangan sepanjang di Makum 2012 ~Hari Pertama Pertandingan~ ::

Tempat : UNIMAP Perlis

Foto-foto kenangan sepanjang menunggu waktu raptai pentas sambil melakukan pemanasan badan..

Hari Pertama Pertandingan Pertama Tarian Kreatif :-





















Foto kenangan selepas pertandingan berlansung pada hari pertama :-
Nama Tarian : Dodoiku Sayang
Nama Kumpulan : Tari 9




Festival Zapin Johor Kali ke-10 Tahun 2012

Tempat : Dewan Konvokesyen UTHM
Tarikh : 7,8, & 9 Disember 2012
Nama Kumpulan : Gemalai Kesuma 
Zon : Daerah Johor Bahru
Pencapaian : Johan Kategori Kumpulan Terbuka   











Friday, November 30, 2012

::Antara Diriku & Tarian Tidak Boleh Dipisahkan::

 SHOW DI KLGCC PETALING JAYA :




*penambahan foto & penerangan akan dilakukana dari masa ke semasa..

Monday, July 23, 2012

Singapore Youth Festival 2012

Penginapan : Riverview Hotel
Tempat : University Of Culture Centre Singapore
Tarikh : 17 Julai 2012 - 20 Julai 2012








Persembahan di Singapura merupakan pengalaman pertama aku yang terbesar mewakili Universiti Malaya sekaligus mewakili Malaysia di Festival Remaja Singapura 2012 (Singapore Youth Festival 2012). Pengalaman yang sangat menarik. Walaupun terpaksa berdikit-dikit terutamanya dari segi kewangan disebabkan mata wangnya yang besar tetapi setiap saat dan setiap detik kami gunakannya dengan penuh bermakna. tidak ada setiap saat dan setiap detik sepanjang kami di sana kami sia-siakan. Semuanya manis-manis belaka. Setiap langkah diatur agar tidak tersungkur. Setiap bicara berlapik agar tidak berkecil hati. Andai tidak berpuas hati segera menyusun kata menyusun jari agar tidak meracun diri sendiri. Begitulah sedikit sebanyak ceritera sepanjang kami terutamanya diriku ini sepanjang menjadi sebahagian kecil daripada keluarga festival tersebut. Semoga berjumpa lagi kelak!!! 

Monday, June 25, 2012

...bisikan hati siapa yang tahu...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari demi hari yang aku tempuhi merupakan hari yang baru buat diriku. Setiap hari mempunyai ceritanya yang tersendiri. Suka dan duka aku tempuhi dan sentiasa mencuba dan menjadikan diri ini lebih kuat, sabar dan tabah. Kadangkala aku berjaya. Kadangkala aku rasa aku sangat di bawah. Tangisanku..airmataku..sentiasa mengalir. Cuma antara nampak dan tidak airmata itu. Hari ini 22 November 2012...Satu lagi hari latihan yang sangat mencabar dapat aku laksanakan. Tetapi, setiap hari aku rasa sakit. Sakit yang teramat.

CORETAN

Haih..
Ni la dia bila menghuni di kota kesibukan.
Semuanya $$$$$$$$$$$..
Nak wat camne..teruskan je la..
Hmm..moga2 aku bole truskn dengan tabahnya..
Wish me lot of luck!! :D